Fikir Minda, Ingat Coklat Imtiyaz"
Produk untuk minda diformulasi oleh Dr (H) JUNAIDI TAJUL ARIFFIN telah
berada di pasaran sejak 2006 berasaskan Susu Kuda, Pegaga, Soya, Koko
dan Kismis dengan menggunakan jenama seperti Gotu Kola dan Coklat Minda
sehingga 2011.
COKLAT IMTIYAZ GOLD adalah penjenamaan semula setelah R&D dilakukan
dengan khidmat nasihat Dr. Mohd Rosni Sulaiman (Jul 2012 – Feb 2013)
daripada Universiti Malaysia Sabah (Toksikologi & Biokimia Makanan -
BSc (Hon) (UKM), MSc (UMS), PhD (UPM) untuk meningkatkan lagi kualiti
produk dari aspek keberkesanan nutrien sebagai pemangkin kepada
Kecemerlangan Emosi Dan Akademik. Formulasi terkini Pengisisan Kismis
Terapi Al-Quran 30 Juz sebagai nilai istimewa untuk memperkasakan lagi
kualiti pengguna dari aspek Sentuhan Qalbu/Hati 5P (Perawat, Peneman,
Penawar dan Penyembuh).
ULASAN RINGKAS PRODUK
COKLAT IMTIYAZ GOLD adalah produk pemakanan yang unik dan berinovasi.
Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai nutrien
semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
sebagai Makanan. Berkhasiat serta memenuhi keperluan diet kanak-kanak
dan orang dewasa. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap,
senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan
penyimpanan yang mudah.
Bahan Asas Produk
• Susu Kuda. Adalah alternatif kepada mereka yang alah kepada susu
lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus
dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh
saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda
adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan
pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia
berbanding dengan susu lembu. (Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987;
Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).
• Gotu Kola (Pegaga). Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh
badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous
system). Gotu Kola ada kala digelar ‘food for the brain’. Di negara
barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan
ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi
‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan
tenaga fizikal. Triterpenes yg terdapat pada Gotu Kola bertindak
melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity). (Petikan
kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
• Kacang Soya. Kacang soya menawarkan complete protein profile dan
mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet
seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya
adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet
lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan. (Petikan kata:
Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and
Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary
Supplements USA).
• Koko. Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh
tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif
emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan,
coklat/koko mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji
pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah
kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa
coklat/koko mengandungi khasiat makanan yang seimbang. (Sumber:
Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health
Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).
● Kismis Terapi Al-Quran 30 Juz. Selain amat berkhasiat untuk otak
ianya memperkasakan spiritual pengguna dari aspek Sentuhan Qalbu/Hati
selaku Perawat, Peneman, Penawar, Penguat dan Penyembuh.
Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya
pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti
yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan
keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Ia
menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula
fruktosa untuk berfungsi dengan baik.
Menjadi sumber semulajadi antioksida kerana kismis mengandungi fenol.
Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas. Kismis menyihatkan dan
melindungi gigi dan gusi kerana ia kaya dengan asid oleanolik. Kismis
kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah
tinggi. Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung
fiber dan asid tartaric